About
Salam perkenalan dari saya.
salam kasih salam mesra,
salam sayang pembuka bicara.
Assalammualaikum w.b.t.
pensilmurah dilahirkan di Kampung Parit Lapis Sempadan, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, pada 25 Ogos 1991.
pensilmurah merupakan seorang insan yang berkeyakinan dalam meluahkan pendapat dan pandangan, kosekuensi lantaran terlalu lama memerhatikan ‘buana’ Malaysia yang mengamalkan prinsip ‘kebebasan suara’.
Mendapat pendidikan awal di Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (TAsKI) Al-Huda, Parit Raja, Batu Pahat, Johor, di bawah seliaan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Kemudian melanjutkan pelajaran di Sekolah Kebangsaan Ayer Hitam, Ayer Hitam, Batu Pahat, Johor. Setelah itu, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Mahaad Muar, Muar, Johor, menjadi institusi pendidikan yang menambah pengalaman dan pendidikan yang berunsurkan keislaman dalam diri pensilmurah.
Selepas menamatkan pembelajaran di SMKA Mahaad Muar, pensilmurah mendaftar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dalam jurusan sains fizikal.
Sekarang, pensilmurah merupakan mahasiswa Universiti Teknologi Malaysia.