Home > kerjaya > Farmasi

Farmasi

RAMAI daripada kita hanya biasa dengan profesion doktor apabila bidang perubatan di bincangkan. Sebenarnya, selain doktor, satu lagi
bidang yang sangat penting ialah farmasi. Farmasi atau bidang pengurusan serta penggunaan ubatan-ubatan penting dalam memastikan bidang perubatan berjalan lancar.

Seorang ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam menentukan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan berkesan. Seorang ahli farmasi boleh bekerjasama sama ada di hospital, kedai, farmasi, komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro
Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, universiti atau bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan. Seorang ahli farmasi bertanggungjawab membekal dan menguruskan semua aspek yang berkaitan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar. Selain itu, seorang ahli farmasi juga perlu memberikan kaunseling kepada pesakit semasa memberikan ubat kepada pesakit.

Dalam industri farmaseutikal pula, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,
pengilangan dan jaminan mutu serta pendaftaran ubat serta permohonan. Sesungguhnya, bidang farmasi mempunyai cabang pekerjaan yang pelbagai kerana ia melibatkan banyak cabang sains. Mereka yang berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kefahaman dan kelulusan yang baik dalam bidang sains.

Pelajar mempunyai dua saluran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini iaitu sama ada menggunakan kelulusan di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM). Bagi lulusan SPM, pelajar perlu menduduki program Matrikulasi atau A Level manakala lulusan STPM (aliran sains) boleh terus memohon untuk mengikuti ijazah pertama di universiti-universiti yang menawarkan program ini. Antara universiti-universiti tempatan yang menawarkan pengajian dalam bidang farmasi
ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Advertisement
Categories: kerjaya
  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.