9 jenis wanita di neraka

January 5, 2011 Leave a comment

Ali r.a. meriwayatkan sebagai berikut:

“Saya bersama Fatimah berkunjung kerumah Rasulullah & kami temui beliau sedang menangis. Kami bertanya kepada beliau, “mengapa tuan menangis wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “pada malam aku di Isra’kan kelangit, daku melihat orang sedang mengalami pelbagai penyeksaan…maka bila teringatkan mereka aku menangis.” Saya bertanya lagi,”wahai Rasulullah apakah yang tuan lihat?” Beliau bersabda:

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya & otak kepalanya mendidih.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya serta tangannya dipaut dari punggungnya sedangkan aspal yg mendidih dari neraka dituangkan ke kerongkongnya.

3.Wanita yang digantung dengan buah dadanya dari balik punggungnya sedangkan air getah kayu zakum dituang ke kerongkongnya.

4.Wanita yang digantung , diikat kedua kaki & tanganya ke arah ubun-ubun kepalanya serta dibelit dibawah kekuasaan ular & kala jengking.

5.Wanita yang memakan badannya sendiri serta dibawahnya tampak api yang menyala-nyala dengan hebatnya.

6.Wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka.

7.Wanita yang bermuka hitam & memakan ususnya sendiri.

8.Wanita yang tuli, buta & bisu dalam peti neraka sedang darahnya mengalir dari rongga badannya (hidung,telinga,mulut) & badannya membusuk akibat penyakit kulit dan lepra.

9.Wanita yang berkepala seperti kepala babi & keldai yang mendapat berjuta jenis seksaan.

Maka berdirilah Fatimah seraya berkata,”Wahai ayahku, cahaya mata kesayanganku… ceritakanlah kpd ku apakah amal perbuatan wanita2 itu.” Rasulullah s.a.w bersabda, “Wahai Fatimah, adapun tentang :

1.Wanita yang digantung dengan rambutnya kerana dia tidak menjaga rambutnya (di jilbab) dikalangan lelaki.

2.Wanita yang digantung dengan lidahnya kerana dia menyakiti hati suaminya dengan kata-kata. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: “Tidak seorang wanita yang menyakiti hati suaminya melalui kata-katanya kecuali Allah akan membuat mulutnya kelak dihari kiamat,selebar 70 zira’ kemudian akan mengikatnya dibelakang lehernya.

3.Adapun wanita yang digantung dengan buah dadanya kerana dia menyusui anak orang lain tanpa izin suaminya.

4.Adapun wanita yg diikat dgn kaki & tangannya itu krn dia keluar rumah tanpa izin suaminya, tidak mandi wajib dr haidh & nifas.
5.Adapun wanita yang memakan badannya sendiri kerana suka bersolek untuk dilihat lelaki lain serta suka membicarakan keaiban orang lain.

6.Adapun wanita yang memotong badannya sendiri dengan gunting dari neraka kerana dia suka menonjolkan diri (ingin terkenal) dikalangan orang yang banyak dengan maksud supaya org melihat perhiasannya dan setiap orang jatuh cinta padanya kerana melihat perhisannya.

7.Adapun wanita yang diikat kedua kaki & tangannya sampai ke ubun-ubunnya & dibelit oleh ular & kala jengking kerana dia mampu mengerjakan solat & puasa.Tetapi dia tidak mahu berwudhuk & tidak solat serta tidak mahu mandi wajib.

8.Adapun wanita yang kepalanya seperti kepala babi & badannya seperti keldai kerana dia suka mengadu-domba(melaga-lagakan orang) serta berdusta.

9.Adapun wanita yang berbentuk seperti anjing kerana dia ahli fitnah serta suka marah-marah pada suaminya.

Categories: agama, akidah, dakwah

Farmasi

January 5, 2011 Leave a comment

RAMAI daripada kita hanya biasa dengan profesion doktor apabila bidang perubatan di bincangkan. Sebenarnya, selain doktor, satu lagi
bidang yang sangat penting ialah farmasi. Farmasi atau bidang pengurusan serta penggunaan ubatan-ubatan penting dalam memastikan bidang perubatan berjalan lancar.

Seorang ahli farmasi mempunyai peranan penting dalam menentukan ubat-ubatan digunakan secara rasional dan berkesan. Seorang ahli farmasi boleh bekerjasama sama ada di hospital, kedai, farmasi, komuniti, industri farmaseutikal, unit penguatkuasaan farmasi, Biro
Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan, universiti atau bahagian Farmasi di Kementerian Kesihatan. Seorang ahli farmasi bertanggungjawab membekal dan menguruskan semua aspek yang berkaitan penggunaan ubat bagi pesakit dalam wad dan juga pesakit luar. Selain itu, seorang ahli farmasi juga perlu memberikan kaunseling kepada pesakit semasa memberikan ubat kepada pesakit.

Dalam industri farmaseutikal pula, ahli farmasi memainkan peranan yang sangat penting dalam bidang penyelidikan dan pembangunan,
pengilangan dan jaminan mutu serta pendaftaran ubat serta permohonan. Sesungguhnya, bidang farmasi mempunyai cabang pekerjaan yang pelbagai kerana ia melibatkan banyak cabang sains. Mereka yang berminat dalam bidang ini perlu mempunyai kefahaman dan kelulusan yang baik dalam bidang sains.

Pelajar mempunyai dua saluran untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang ini iaitu sama ada menggunakan kelulusan di peringkat Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (SPTM). Bagi lulusan SPM, pelajar perlu menduduki program Matrikulasi atau A Level manakala lulusan STPM (aliran sains) boleh terus memohon untuk mengikuti ijazah pertama di universiti-universiti yang menawarkan program ini. Antara universiti-universiti tempatan yang menawarkan pengajian dalam bidang farmasi
ialah Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Categories: kerjaya

Bidang Kejuruteraan

January 5, 2011 Leave a comment

KERJAYA jurutera penting dan besar kepada kemajuan negara. Tanpa jurutera, siapakah yang akan merancang dan mereka bentuk projek-projek seperti pengairan, jalan raya, jambatan, perlombongan, jana kuasa dan kilang?

Malah tugas mereka meliputi kajian dan pembangunan, pembinaan, penyenggaraan dan pengawalan, pengeluaran, perundingan, pengurusan serta latihan. Apa itu kejuruteraan?

Kejuruteraan secara umumnya ialah penggunaan pengetahuan sains dan matematik untuk menyelesaikan masalah-masalah praktikal. Pengetahuan itu digabungkan dengan pengalaman yang dipraktikkan sebaik-baiknya menggunakan bahan dan sumber semula jadi. Jurutera ialah individu yang terlatih dalam mereka, membuat dan menggunakan (menjaga) jentera atau terlatih dalam mana-mana cabang kejuruteraan seperti jurutera awam, elektrik dan kapal terbang. Mereka perlu menitikberatkan inovasi mengenai komposisi sesuatu produk dan struktur, mengubah idea-idea baru kepada realiti, menyelesaikan masalah-masalah kemahuan dan kehendak manusia, memperbaiki kaedah-kaedah sedia ada dan merintis kaedah baru dengan menekankan pengetahuan saintifik, kebolehan dan kepandaian yang kreatif. Pelbagai pengkhususan di bidang kejuruteraan ditawarkan oleh institusi pengajian tinggi tempatan atau luar negara.

Di antara pengkhususan itu ialah kejuruteraan awam, elektrik, elektronik dan sistem, kimia, proses, sumber asli, mekanikal, bahan, komputer, kaji terbang, pembuatan, telekomunikasi dan pertanian. Perkembangan semasa di Malaysia mendorong permintaan yang tinggi terhadap profesion ini. Setiap hari, pasti ada syarikat mengiklankan jawatan kosong sebagai jurutera di akhbar-akhbar tempatan.
Walaupun kerjaya ini mencabar, ia mampu memberi kepuasan kepada mereka. Tambahan pula gaji dan imbuhannya lumayan sekali gus
mampu menarik minat pelajar untuk menceburi kerjaya ini.

KEJURUTERAAN merupakan satu bidang yang sangat luas dan merangkumi berbagai skop ilmu. Dalam perkembangan sains dan teknologi terkini beberapa cabang baru dalam bidang kejuruteraan telah mula diperkenalkan seperti Kejuruteraan Genetik dan lain-lain.
Bidang ini sangat mencabar serta memerlukan seseorang yang tahan lasak serta mampu membuat kerja-kerja luar pejabat serta di dalam makmal. Antara bidang kejuruteraan yang sangat diminati dan sudah mantap dari segi kerjaya ialah kejuruteraan awam, elektrik, kimia, mekanik, aeronautikal, petroleum, CAD/CAM, telekomunikasi, bahan, pembuatan, alam sekitar, senibina, ukur (bahan), ukur (bangunan), ukur (pengurusan hartanah) dan sains kejuruteraan.

Boleh dikatakan semua institusi pengajian tinggi tempatan menawarkan kursus kejuruteraan. Mengikut perangkaan menjelang tahun 2020 Malaysia memerlukan lebih ramai jurutera bagi menampung keperluan negara yang sedang menuju ke arah sebuah negara maju.
Mata pelajaran yang pelajar perlu di beri tumpuan untuk mengikuti kursus ini di universiti adalah semua mata pelajaran sains dan matematik. Bidang kejuruteraan semakin hari semakin mencabar dan justeru itu ia memerlukan kepakaran yang tinggi untuk mengaplikasikan teknologi kejuruteraan yang canggih serta menjimatkan masa, tenaga dan kos.

Bidang-bidang baru dalam kejuruteraan pada masa kini ialah kejuruteraan genetik dan teknologi maklumat. Ia merupakan cabang baru dalam dunia sains yang memerlukan kepakaran pada masa kini.

Categories: kerjaya

Kejuruteraan Mekatronik

January 5, 2011 Leave a comment

Sejak dua menjak ini, saya banyak menerima pertanyaan tentang Kejuruteraan Mekatronik. Mungkin bidang ini sudah menjadi pilihan kepada mereka yg berminat utk melanjutkan pelajaran di IPT di Malaysia. Oleh itu, saya rasa terpanggil utk menambah beberapa maklumat tentang kejuruteraan ini. Harap dapat membantu saudara dan saudari semua.

Kejuruteraan Mekatronik adalah satu bidang kejuruteraan yang baru yang menggabungkan bidang-bidang Kejuruteraan Elektronik, Elektrik, Mekanikal, Kawalan, Perisian, Komputer dan Teknologi Maklumat. Bidang ini telah menjadi popular dan semakin berkembang dengan pesatnya dalam industri-industri terutamanya industri pembuatan semenjak mikropemproses dan mikropengawal dikenalpastikan penggunaannya dalam kawalan industri. Mekatronik juga merupakan teknologi dibelakang produk-produk ‘pintar’ (smart products) yang biasanya melibatkan mikropemproses, sistem kawalan dan bidang mekanikal.

Jurutera dengan pengetahuan, pengalaman dan pengkhususan dalam bidang mekatronik amat diperlukan oleh industri. Jurutera mekatronik menggunakan komputer dan sistem kawalan digit yang lain-lain untuk mengawal proses dalam industri. Mereka menggabungkan bidang sains elektrik, kawalan, mekanikal, robotik dan pembuatan untuk mencipta berbagai jenis produk. Produk-produk ini meliputi barangan kegunaan harian seperti mesin basuh, kamera, mesin pendua dan brek antikunci kereta serta mesin-mesin kawalan komputer yang berteknologi tinggi yang digunakan di industri pembuatan dan pemasangan. Tidak kira apa pun disiplinnya, seseorang jurutera akan berhadapan dengan sistem mekatronik dalam kerja mereka.

Sehubungan dengan itu, bidang ini meliputi gabungan dalam bidang elektronik, mikropengawal, robotik dan pengautomatan, kejuruteraan kawalan dan kejuruteraan pembuatan. Pengetahuan dalam bidang-bidang ini amatlah diperlukan. Mereka yang boleh merapatkan jurang di antara kejuruteraan mekanikal, elektrik dan elektronik akan mempunyai kelebihan yang tinggi dalam pasaran
kerja.

Adalah dijangkakan sektor industri di Malaysia akan terus berkembang dengan pesat disebabkan permintaan yang meningkat dari pasaran-pasaran yang kian bertambah seperti pasaran peralatan elektronik dan telekomunikasi serta hasil pelaburan yang dibuat oleh pelabur-pelabur asing. Sehubungan dengan itu, ramai tenaga kerja yang terlatih dalam semua bidang kejuruteraan, merangkumi bidang kejuruteraan kawalan dan instrumentasi diperingkat ikhtisas diperlukan.

Para graduan secara amnya boleh mendapat pekerjaan sebagai jurutera di industri-industri berikut :

Firma-firma pembuatan dan pemasangan kenderaan;
Firma-firma pembuatan peralatan rumah seperti mesin basuh, TV, radio, periuk elektrik, dll;
Firma-firma pembuatan barangan elektronik seperti kamera, mesin pendua dll;
Kilang-kilang pemproses makanan;
Syarikat-syarikat minyak & gas;
Firma-firma teknologi tinggi seperti industri angkasa lepas;
Firma-firma perunding;
Firma-firma kejuruteraan & pembangunan produk;
Firma-firma pembuatan sistem automatan;
Firma-firma kejuruteraan bioperubatan;
Firma-firma pembangunan perisian;
Badan-badan penyelidikan & pembangunan seperti institusi pengajian tinggi, SIRIM, dll.

Mengikut jawatan pula, para graduan kursus ini boleh mengisi jawatan seperti berikut :

* Jurutera Mekatronik
* Jurutera E &amp M (Elektro-Mekanik)
* Jurutera Elektrik
* Jurutera Penyelenggaraan
* Jurutera Elektronik
* Jurutera Pemasangan
* Jurutera Pengeluaran
* Jurutera Pemasaran
* Jurutera Rekabentuk
* Pegawai Perancang
* Jurutera Proses
* Pegawai Penyelidik
* Ahli Akademik
* Pegawai Pemasaran

Categories: kerjaya

Kejuruteraan Kimia

December 3, 2010 Leave a comment

Kejuruteraan kimia adalah satu cabang profession kejuruteraan yang meliputi segala aktiviti serta proses untuk menghasilkan bahan yang berguna dari bahan mentah, atau untuk menambah nilai sesuatu bahan. Mengapa perlu memilih kejuruteraan kimia?

Bidang kejuruteraan kimia mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap kehidupan manusia. Ia memainkan peranan utama dalam memenuhi keperluan asas manusia serta memacu tamadun manusia yang kian bergantung kepada industri pemprosesan sebagai sumber kemajuan ekonomi serta tamadun sesebuah negara. Keperluan asas manusia seperti makanan dan minuman, ubat-ubatan, kosmetik, bahan tekstil dan bahan-bahan binaan dari konkrit, plastik, getah, rayon dan fiber adalah produk yang telah di tambah nilai dari sumber bahan mentah melalui proses penghasilan yang berasaskan prinsip-prinsip kejuruteraan kimia. Adakah jurutera kimia diperlukan di Malaysia?

Negara memerlukan seramai 29,000 jurutera kimia pada tahun 2010, menurut Datuk Rahmah Abu Kasim, Penasihat National Economic Action council (NEAC). Sehingga tahun 2000, jurutera kimia yang berkerja di Malaysia hanya berjumlah 2900 orang (The STAR, April 9, 2003). Di Malaysia, sebanyak 10 buah universiti
menawarkan program kejuruteraan kimia (5 daripadanya berusia kurang dari 5 tahun, oleh itu belum menghasilkan graduan). Sehingga tahun 2006, UTM telah menghasilkan paling ramai graduan kejuruteraan kimia iaitu seramai 3900 orang sejak penubuhan jabatan kejuruteraan kimia UTM pada tahun 1983. Jika dianggarkan
bahawa 4 institusi lain dan juga graduan jurutera kimia luar negara telah menghasilkan jumlah jurutera kimia yang sama banyak dengan jumlah yang dihasilkan oleh UTM, dengan anggaran 80% telah mendapat perkerjaan, maka jumlah jurutera kimia di Malaysia hanyalah dalam lingkungan 6000 hingga 7000 orang pada tahun 2007.

Jumlah ini kurang dari 25% sasaran keperluan jurutera kimia di Malaysia. Oleh itu, prospek perkerjaan jurutera kimia di Malaysia amatlah luas berdasarkan permintaan semasa.

Categories: kerjaya

Perakaunan

December 3, 2010 Leave a comment

Bidang Perakaunan dipercayai profession kedua tertua di dunia. Semua organisasi daripada perniagaan keluarga yang kecil hingga Syarikat Multinational memerlukan Akauntan bertauliah untuk menyediakan Akaun Syarikat. Akauntan dan Juruaudit merancang dan memberikan perkhidmatan perakaunan, memberi nasihat mengenai hal ehwal perakaunan serta merancang dan melaksanakan audit kewangan ke atas akaun Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pertubuhan Perniagaan dan Perindustrian.

KETERANGAN TUGAS

1. Memberi nasihat, merancang dan melaksanakan dasar dan system belanjawan, kawalan akaun dan perakaunan lain;

2. Menyediakan dan mengesahkan penyata kewangan untuk dibentangkan kepada pihak pengurusan, pemegang saham, badan berkanun dan badan-badan lain;

3. Menyediakan penyata cukai, memberi nasihat mengenai masalah percukaian dan mempertahankan tuntutan yang dipertikaikan di hadapan pegawai cukai;

4. Menyediakan atau melaporkan ramalan keuntungan dan belanjawan;

5. Menyediakan kos projek dan analisis risiko;

6. Mengenal pasti bahagian pengurangan kos dan mencadangkan langkah-langkah penjimatan kawalan kos;

7. Menjalankan penyiasatan kewangan, melaksanakan audit, menyediakan laporan dan memberi nasihat mengenai perkara seperti penipuan yang disyaki, ketidakmampuan, kebankrapan, penyatuan, pembiayaan modal serta pembelian dan penjualan perniagaan;

8. Bertindak sebagai ejen pembubaran dalam perkara berhubung dengan kebankrapan dan percukaian;

9. Menjalankan tugas-tugas yang berkaitan;

10. Menyelia pekerja lain.

PEKERJAAN YANG DIKELASKAN DIBIDANG INI, DIANTARANYA:

1. Akauntan
2. Juruaudit
3. Akauntan, Kos
4. Akauntan, Cukai
5. Bendahari
6. Setiausaha Syarikat
7. Juru Perunding
8. Penolong Akauntan
9. Kerani Akaun

CIRI-CIRI PERIBADI

Mereka yang merancang kerjaya dalam bidang perakaunan mesti memiliki kebolehan dalam perhitungan serta boleh menganalisa, membandingkan dan mentafsir fakta serta nombor lalu membuat keputusan yang kukuh berdasarkan pengetahuannya. Mereka harus sentiasa bertanya bagaimana dan mengapa sesuatu perkara itu dijalankan dan menyampaikan hasil kerja mereka dengan berkesan dalam bentuk penulisan dan pertuturan kepada klien dan pihak pengurusan.

Akauntan dan juruaudit mesti bersikap sabar dan boleh menumpukan sepenuh perhatian untuk jangka waktu yang lama. Ketepatan dan kebolehan memikul tanggungjawab dengan penyeliaan yang sedikit sangat diperlukan. Yang paling utama, kerana berjuta-juta pengguna penyata kira-kira bergantung pada perkhidmatan akauntan dan juruaudit, orang awam mengharapkan agar mereka memiliki standard etika yang amat tinggi serta integriti. Selain itu mereka harus minat dalam perniagaan dan perdagangan, boleh bekerja dalam kumpulan dan tidak lekas putus asa oleh kerana kerja-kerja yang banyak melibatkan dokumentasi dan duduk di meja pejabat.

KELULUSAN

1. Ijazah Sarjana Muda Perakaunan
2. Malaysian Association of Certified Public Accountants (MACPA)
3. Association of Certified Accountants (U.K)
4. Institute of Cost and Management Accountants (U.K)
5. The Chartered Associations of Certified Accountants (CACA)
6. The Institute of Chartered Secretaries and Administration (ICSA)
7. The Institute of Cost and Management Accountants (ICMA)
8. Ahli Penuh Malaysia Institut of Accountans (MIA)
9. Lain-lain kelulusan (keupayaan mengendalikan software perakaunan)

PROSPEK KERJAYA

Di sektor awam pekerjaan ini terdapat di Jabatan- jabatan Kerajaan, badan-badan berkanun dan penguasa-penguasa tempatan.

Di sektor swasta pekerjaan ini terdapat di badan- badan perdagangan dan perindustrian, bank, syarikat insuran dan firma perakaunan.

Categories: kerjaya

Hello world!

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Categories: Uncategorized
Follow

Get every new post delivered to your Inbox.